24/05/13

Mandat Pengerusi


CHE MAHDI BIN IDRIS
PENGERUSI

Assalamualaikum

Alhamdulillah...dikesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan, melahirkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh ahli dan warga kerja KAIMB kerana telah bersama-sama saya membantu membangunkan KAIMB.

Saya telah berusaha untuk merealisasikan harapan dan impian saudara/saudari untuk memastikan KAIMB berada pada landasan yang sebaiknya. Kerjasama saudara-saudari, samada ALK KAIMB , kakitangan KAIMB dan ahli-ahli telah banyak membantu saya menerajui KAIMB.

Saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih saya kepada Pihak Pengurusan AIM, kerana sentiasa memberikan kepercayaan kepada KAIMB untuk melaksanakan sesuatu projek. Apa yang saya harapkan, hubungan ini dapat diteruskan di masa hadapan dan Pengurusan AIM terus memberikan kepercayaan kepada KAIMB.

KAIMB juga dengan kerjasama AIM telah menganjurkan SUKAIM2009 dengan jayanya pada 4-6hb. Disember 2009 bertempat di UMK Kota Bharu. Semangat dan kerjasama saudara-saudari amat saya hargai...

Dengan ini saya mewakili Lembaga KAIMB sessi 2008/2009 dan Kakitangan KAIMB mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 dengan tekad dan azam yang baru demi membangunkan KAIMB..

Sekian.

MEMBANGUN BERSAMA KAIMB.



Ikhlas dari ,
MANTAN PENGERUSI KAIMB
Laman Utama | Mandat Pengerusi | Sejarah Penubuhan | Ahli Lembaga | Kakitangan
Tabung Kebajikan AM | Pembiayaan Peribadi | Tabung Khairat Hutang
Muatturun | Hubungi KAIMB


Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
© Copyright 2009 Koperasi AIM Berhad. All right reserved.