19/06/13

Tabung Khairat Hutang

  1. Pengenalan produk
  2. Objektif pelan skim Tabung Khairat Hutang
  3. Ciri-ciri pelan
  4. Syarat-syarat kelayakan
  5. Manfaat
  6. Batasan pada manfaat
  7. Jumlah penyertaan
  8. Kadar sumbangan Skim Tabung Khairat Hutang
  9. Terma Pembayaran
  10. Tarikh penguatkuasaan penyertaan
  11. Kadar upah
  12. Pentadbiran skim
  13. Cara membuat tuntutan
  14. Pembayaran Koperasi kepada AIM
  15. Jaminan

    Tabung Khairat Hutang

  1. Pengenalan produk

    Koperasi AIM Berhad telah menubuhkan Tabung Khairat Hutang untuk individu yang mengambil pembiayaan dengan Amanah Ikhtiar Malaysia.

    Kembali ke atas

  2. Objektif pelan skim Tabung Khairat Hutang

    Objektif utama pelan ini adalah untuk melindungi bagi hutang AIM yang tertanggung ke atas peserta yang mati atau hilang keupayaan kekal menyeluruh di dalam tempoh penyertaan.

    Objektif lain yang penting bagi AIM

    1. Menyelesaikan semua hutang tanpa paksaan. Ini akan dapat mengurangkan jumlah hutang lapuk yang tidak dapat dituntut.

    2. Mengelakkan risiko publisiti yang akan timbul ketika menuntut baki hutang daripada waris terutama jika waris putus punca pendapatan.

    3. Mempertingkatkan imej AIM dari segi menjaga kebajikan ahli dengan memasukkan pelan ini ke dalam skim pembiayaan AIM.


    Kembali ke atas

  3. Ciri-ciri pelan

    Setiap ahli dikenakan bayaran sumbangan tabung khairat sekaligus sebelum tarikh penyertaan Skim Tabung Kahirat Hutang berkuatkuasa.

    1. Penyertaan adalah diwajibkan bagi setiap individu yang berjaya mendapatkan pembiayaan dari AIM.

    2. Tarikh penyertaan Skim Tabung Khairat Hutang ke atas individu akan mula berkuatkuasa pada tarikh Ijab Qabul (IQ) dengan AIM. Penyertaan Skim Tabung Khairat ini akan mengikut tarikh tempoh pembiayaan berakhir. Jika penyelesaian awal dibuat tempohnya juga turut tamat.

    3. Penyertaan Skim Tabung Khairat Hutang berjalan selama 24 jam sehari seluruh dunia.

    4. Pelan ini akan mengeluarkan satu Kontrak Induk yang akan diberi kepada AIM sebagai Pemegang Kontrak.


    Kembali ke atas

  4. Syarat-syarat kelayakan

    Individu yang berjaya mendapat pembiayaan dari AIM boleh menyertai pelan ini dengan memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut :-

    1. Semua ahli baru dan yang sedia ada yang telah memenuhi syarat-syarat pembiayaan dengan AIM.

    2. Ahli bukanlah sebuah organisasi atau rakan perkongsian.

    3. Jumlah penyertaan Skim Tabung Khairat Hutang adalah selaras dengan jumlah pembiayaan.

    4. Had umur individu untuk pelan ini adalah dari 15 hingga 75 tahun.

    5. Tempoh maksimum pembiayaan ialah 5 tahun.

    6. Ahli mestilah mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap ketika memohon pembiayaan dari AIM.



    Kembali ke atas

  5. Manfaat

    Pelan ini menyediakan bentuk manfaat yang tersebut di bawah :-

    1. Manfaat Tabung Khairat

      Manfaat ini akan disediakan apabila ahli yang menyertai pelan ini meninggal dunia disebabkan oleh kemalangan atau penyakit dan ianya berlaku di dalam tempoh penyertaan. Jumlah manfaat Skim Tabung Khairat Hutang ini adalah berdasarkan kepada jumlah pembiayaan.

    2. Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh

      Keilatan kekal menyeluruh bermakna keilatan yang disebabkan oleh kemalangan atau penyakit yang sama sekali menghalang ahli daripada melibatkan diri dalam mana-mana bentuk pekerjaan samada makan gaji atau bekerja sendiri. Untuk menentukan samada keilatan kekal menyeluruh itu menjadi kekal, keilatan tersebut mestilah berterusan tanpa gangguan selama 6 bulan dan ianya mula terjadi pada atau selepas permohonan pembiayaan dengan AIM diluluskan.

    3. Manfaat Khairat Kematian

      Pelan ini juga menyediakan manfaat belanja pengkebumian sebanyak RM500.00 untuk setiap tuntutan.



    Kembali ke atas


  6. Batasan pada manfaat

    Manfaat Skim Tabung Khairat Hutang tidak akan dibayar bagi kematian atau keilatan kekal seluruh tubuh badan yang berlaku secara langsung atau tidak langsung oleh sebab-sebab berikut :-

    1. Peperangan, perlanggaran, ancaman musuh luar, permusuhan atau persediaan untuk berperang (samada yang diisytiharkan atau tidak), perang saudara, pemberontakan, rusuhan awam, pemberontakan tentera atau rampasan kuasa, pemerintahan undang-undang tentera atau apa-apa tindakan oleh mana-maha pertubuhan yang bergiat bagi menggulingkan kerajaan secara kekerasaan atau mempengarahui dengan cara paksaan atau keganasan.

    2. Bunuh diri atau kecederaan diri yang disengajakan samada siuman atau tidak.

    3. Melanggar undang-undang oleh orang yang dilindungi atau pencerobohan yang berpunca daripadanya.

    4. Penyalahgunaan dadah atau minuman keras.

    5. Penerbangan gelungsur angin atau apa-apa jenis penerbangan udara selain daripada penumpang yang membayar tambang biasa daripada syarikat penerbangan atau perkhidmatan charter yang diiktiraf.

    6. Penyertaan atau latihan yang merbahaya atau latihan jenis sukan atau pertandingan yang merbahaya atau menunggang atau memandu dalam apa jua jenis perlumbaan atau pertandingan yang merbahaya.

    7. Penglibatan didalam mana-mana kegiatan dalam air yang menggunakan alat-alat pernafasan.

    8. Kecederaan yang disebabkan oleh proses pembelahan nuclear, proses penyatuan nuclear, bahan senjata nuclear atau pencemaran radioaktif.

    9. Perkhidmatan dalam apa-apa jua jenis kedudukan dalam mana-mana perkhidmatan tentera darat, laut dan udara.Perkhidmatan dalam apa-apa jua jenis kedudukan dalam mana-mana perkhidmatan tentera darat, laut dan udara.

    10. Dan sebab-sebab lain yang dilarang oleh Syariah.



    Kembali ke atas


  7. Jumlah penyertaan

    Jumlah penyertaan pada tarikh bermulanya bagi setiap ahli di dalam pelan ini bergantung pada jumlah pembiayaan yang diluluskan oleh AIM.



    Kembali ke atas

  8. Kadar sumbangan Skim Tabung Khairat Hutang

    1. Pengiraan sumbangan Tabung Khairat Hutang bagi setiap individu adalah berdasarkan pada faktor-faktor berikut :-

      1. Umur akan datang
      2. Tempoh pembiayaan
      3. Jumlah pembiayaan yang diluluskan
    2. Sumbangan Tabung Khairat Hutang yang dikenakan merupakan sumbangan sekaligus berpandukan kepada jadual kadar sumbangan Tabung Khairat Hutang (Sila Rujuk Lampiran I)

    3. Contoh cara pengiraan sumbangan Tabung Khairat Hutang ada disertakan pada Lampiran II.



    Kembali ke atas


  9. Terma Pembayaran

    Kadar Sumbangan Tabung Khairat Hutang hendaklah dijelaskan kepada koperasi selewat-lewatnya pada bulan berikutnya.


    Kembali ke atas


  10. Tarikh penguatkuasaan penyertaan

    1. Penguatkuasaan pelan ini berlandaskan pada proses berikut :-

      1. Pihak AIM :

        - Menandatangani perjanjian

      2. Seterusnya, Koperasi AIM Bhd akan mengeluarkan satu Kontrak Induk kepada AIM, sebagai pemegang kontrak.
    2. Pihak ahli :-
      1. Penyertaan ahli mula berkuatkuasa pada tarikh pembiayaan dikeluarkan oleh AIM.

    3. Jika pihak AIM gagal membayar jumlah sumbangan bulanan Tabung Khairat Hutang bagi pihak ahli kepada Koperasi AIM Berhad pada tarikh maksimum yang ditentukan, pihak Koperasi AIM Berhad :-

      1. Tidak akan menyediakan penyertaan Tabung Khairat Hutang pada ahli yang diluluskan pembiayaannya pada bulan tersebut.

      2. Tidak akan bertanggungjawab untuk membayar sebarang tuntutan kematian atau keilatan kekal, jika ada, daripada kalangan ahli pada bulan tersebut.


    Kembali ke atas


  11. Kadar upah

    1. Memandangkan pada perkhidmatan yang diberikan oleh AIM, Koperasi AIM Berhad akan membayar 10% daripada jumlah kasar sumbangan Tabung Khairat Hutang.


    Kembali ke atas


  12. Pentadbiran skim

    1. Setiap ahli dikecualikan daripada mengisi borang cadangan / permohonan

    2. Pihak AIM hanya perlu memaklumkan kepada pihak Koperasi AIM Berhad, data peribadi ahli seperti dinyatakan dibawah serta menghantar sumbangan Tabung Khairat Hutang sebelum 30 haribulan pada bulan yang seterusnya setelah pembiayaan dikeluarkan :- (Sila Rujuk pada Lampiran III)

      1. Nama penuh ahli
      2. Nombor kad pengenalan ahli
      3. Tarikh lahir ahli untuk menentukan umur akan datang.
      4. Tarikh pembiayaan dikeluarkan bersamaan dengan tarikh penyertaan Skim Tabung Khairat Hutang berkuatkuasa.
      5. Butir-butir pembiayaan seperti :-
        • jumlah pembiayaan
        • caj pembiayaan
        • tempoh pembiayaan
      6. Jumlah sumbangan Tabung Khairat Hutang yang dikenakan
    3. Pada setiap akhir bulan, pihak AIM hendaklah menghantar kepada Koperasi AIM Berhad :-

      1. Senarai data peribadi setiap ahli pada bulan tersebut. (Sila rujuk pada Lampiran III sebagai contoh)

      2. Jumlah sumbangan Tabung Khairat Hutang yang diterima selepas ditolak upah pada bulan itu hendaklah dikumpulkan dan disertakan bersama butir-butir peribadi ahli yang diperlukan berlandaskan pada Lampiran III.


    Kembali ke atas


  13. Cara membuat tuntutan

    1. Jumlah tuntutan ke atas kematian atau keilatan kekal bergantung pada jumlah pembiayaan.

    2. Aturcara membuat tuntutan adalah seperti berikut :-

      1. Tuntutan Kematian

        • Notis bertulis pada Koperasi AIM Berhad dalam tempoh 30 hari selepas kematian.
        • Mengisi dengan lengkap borang tuntutan kematian Koperasi AIM Berhad
        • Salinan sijil kematian yang telah disahkan.
        • Salinan kad pengenalan si mati yang telah disahkan.
        • Laporan Polis (Jika kematian yang disebabkan oleh kemalangan)
      2. Tuntutan Keilatan Kekal Menyeluruh

        • Notis bertulis pada Koperasi AIM Berhad dalam masa 30 hari selepas berlakunya keilatan kekal menyeluruh
        • Mengisi dengan lengkap borang tuntutan keilatan kekal menyeluruh Koperasi AIM Berhad.
        • Laporan doktor/hospital mengenai kecacatan tersebut.
        • Salinan kad pengenalan.
        • Laporan Polis. (Jika keilatan yang disebabkan kemalangan)
      3. Tuntutan Khairat Kematian

        • Koperasi akan membayar tuntutan khairat kematian selewat-lewatnya dalam masa seminggu
        • Sejumlah dana sebagai pendahuluan akan diperuntukkan di AIM untuk mempercepatkan bayaran khairat kepada peserta.
        • Dana tersebut akan ditambah semula setelah tuntutan dibuat oleh pihak AIM kepada Koperasi.
        • Koperasi akan memastikan dana tersebut adalah cukup untuk setiap masa

    Kembali ke atas


  14. Pembayaran Koperasi kepada AIM

    Pampasan akan dibayar kepada AIM dalam tempoh sebulan setelah menerima tuntutan dari AIM.

    Komisyen akan dibayar dalam tempoh sebulan setelah menerima bayaran sumbangan tabung khairat dari AIM.


    Kembali ke atas


  15. Jaminan

    Perlindungan adalah terjamin mengikut kedudukan tabungan semasa Skim Tabung Khairat Hutang.


    Kembali ke atas



  16. SEMUA SALINAN DOKUMEN MESTILAH DISAHKAN OLEH PIHAK AIM


Contoh Pengiraan Sumbangan Tabung Khairat Kematian

Semua kadar sumbangan Tabung Khairat Hutang ditentukan pada setiap RM 1000.00 jumlah penyertaan mengikut 2 kategori umur.

Laman Utama | Mandat Pengerusi | Sejarah Penubuhan | Ahli Lembaga | Kakitangan
Tabung Kebajikan AM | Pembiayaan Peribadi | Tabung Khairat Hutang
Muatturun | Hubungi KAIMB


Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
© Copyright 2009 Koperasi AIM Berhad. All right reserved.